Monday 18 February 2013

Jangan nak Menggedik -_-"

 
Ustazah: "Nak tanya apa lagi, ustazah penat da ni."

Student: "Saya nak pakai purdah, boleh?"

Ustazah: "Tak payah. Kalau awak tak boleh kawal diri sendiri dari:

1. Menggedik.

2. Gambarholic. (gile amik gambar)

3. Berniat untuk menarik perhatian orang.

4. Pakai geo-lense berwarna-warni aneka corak.

5. Berniat just nak cover muka awak tak cantik. So, bila pakai nampak mata cantik naiklah saham sikit.

6. Couple. Yg ni mmg takleh blah. Canang cinta rindu sana sini, set relationship bagai. Gaduh sebab lelaki. Adoiyai."

Student: "Haish!"

Ustazah: "Tak payah protes. Tak payah. Sebelum awak pakai purdah, belajar dulu hal ehwal aurat yg asas dengan baik. Purdah ni advanced dah. Tak payah poyokan diri dengan assume 'Berubah lebih baik itu adalah dengan pakai purdah'. Wronglah. Mulakan dengan belajar ilmu pengetahuan dulu. Betulkan sikap diri sendiri. Betulkan akhlak tu dulu. Kalau akhlak cantik, aurat yang basic ni lulus, barulah boleh nak proceed lebih lanjut ke peringkat seterusnya.

Berubah ni step by step. Bukan terkejut macam kena karen."

Student: "Haish"

Ustazah: "Berubah sikit2. Konsisten tu penting. Bukannya berubah kejap hangat2 taik ayam je. Orang yang tak istiqamah kita boleh nampak dia tunjuk perangai tak elok dia wlpn dia pakai purdah pun. Ok dahlah. Ustazah nak balik masak."

Student terus tak puas hati dengan jawapan ustazah ittew sampai ke hari ini. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia angkat banner protes kata2 ustazah tersebut. Banner tersebut ditulis, "Aku nak pakai gak, so what?!"

Degil. 


 
via - Syabab Musafir Kasih

No comments:

Post a Comment