Wednesday 9 January 2013

Ikhtilat ! ┻━┻

 
 

 
 
Sedikit pencerahan drpd tentang masalah ikhtilat.

Ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan teknologi seperti Yahoo Messenger, SMS, MMS, e-mail, Facebook (FB), Twitter dan seumpamanya... Yang melalaikan

Mengikut Prof.Dr.Yusuf Qardhawi
"Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya bukanlah ditegah, bahkan ianya HARUS & DITUNTUT sekiranya percampuran itu mempunyai niat yang baik seperti menuntut ilmu, beribadah, perbuatan yang dianggap baik di sisi syarak & sebarang aktiviti yang baik yang memerlukan kerjasama di antara dua pihak. Tetapi pertemuan ini MESTILAH MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM antara kedua pihak seperti pakaian yang dibolehkan syarak, aurat, suara, dan pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan penting sahaja.

Elakkan ikhtilat yang tidak dibenarkan dlm Islam:
1. Elakkan berhubung dengan lelaki / perempuan sekiranya tidak ada apa-apa keperluan.
2.Wanita juga semestinya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.
3. Kedua-dua pihak hendaklah menjaga akhlak-akhlak Islam.
4. Hadkan masa untuk berhubungan antara satu sama lain.
5. Hadkan penggunaan bahasa, dan bahasa tubuh (Body language) yang terlalu mesra alam.
6. Jaga Maruah diri.
7. Ingat Allah setiap masa.

So,untuk yg menyokong percampuran antara lelaki dan perempuan dlm study group tu,tgk baik2.Percampuran boleh tp asalkan jarak kedudukan yg tdk membwa fitnah.Yang duduk sebelah menyebelah tu,tak nampak sebenarnya krusi2 lain yg kosong sbb tu duduk sblh menyebelah.Dan yg paling penting jgn buat study group berpasangan.Ikut nisbah 2:1.

P/s:utamakan study group dhn rkn2 perempuan drpd rkn lelaki.
Kita kdg2 terleka maka cepat2 lah menyedarkan diri tu...
mohon teguran yg membina bukan krikitan yg menyakitkan.Klu da jgk,sy doakn agr kta sma2 diberi Hidayah Allah... :)
................

nak mcm dlm gambar ni?jalannya cuma satu,halalkan hubungan!ok?

No comments:

Post a Comment