Thursday 26 July 2012

Adakah kita menghargai Ramadhan


♥Perbezaan antara orang yg mencintai dan merindui Ramadhan dengan orang yang xmerasa apa2 dengan kedatangan Ramadhan :

1. Orang yang mencintai Ramadhan sentiasa mengisi masa terluang mereka dengan ibadah2 sehingga menitis air mata mereka kerana bimbang tidak sempat lagi bertemu dengan Ramadhan akan datang... orang yang xmerasa apa2 adalah mereka yang tidak mengambil kesempatan Ramadhan untuk mentarbiah diri mereka...

2. Orang yang mencintai Ramadhan akan sentiasa mengawal nafsu mereka dan sentiasa bersederhana dalam apa jua keadaan... orang yang xmerasa apa2 adalah mereka yang masih dibuai dan dilemaskan oleh gelombang nafsu...

3. Orang yang mencintai Ramadhan akan sentiasa merasa kenikmatan berada dalam bulan ini hingga merasa diri mereka begitu dekat dengan Allah SWT... orang yg xmerasa apa2 adalah mereka yg merasa benci dengan kedatangan Ramadhan hingga menganggap bulan ini umpama musibah bagi mereka...

4. Orang yang mencintai Ramadhan adalah mereka yang hanya makan sedikit ketika berbuka dan bersahur tetapi ibadah mereka sangat2 melebihi dari hari kebiasaan mereka... orang yang xmerasa apa2 adala mereka yang makannya banyak ketika bersahur dan berbuka tetapi ibadah yang mereka lakukan kurang dari mereka yang hanya sedikit makannya...

5. Orang yang mencintai Ramadhan adalah mereka yang menangis apabila Ramadhan semakin hampir penghujungnya... mereka yang xmerasa apa2 adalah mereka yang semakin gembira apabila Ramadhan makin meninggalkan mereka dan sibuk menyiapkan diri untuk menyambut hari raya... adakah mereka akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang???

renung2kan dan selamat beramal... ♥

No comments:

Post a Comment