Thursday 2 February 2012

Dakwah & Pelajari Islam

~✿> Dalam berdakwah dan mempelajari Islam, kaedah yang berlainan digunakan kerana setiap orang berbeza cita rasa..
Kini dakwah tidak terhad dalam satu medium sahaja seperti dulu yang mana hanya medium berceramah secara live sahaja yang digunakan...
✿ Dalam men0ngkah aruh kemajuan tekn0logi m0den kini terdapat pelbagai medium dakwah yang telah berjaya menjangkau ke seluruh pelosok dunia.. 
✿ Medium dakwah kini lebih berjaya menarik ramai orang untuk menuju ke jalan yang benar..


    Antara medium tersebut adalah dengan penulisan..
~✿> Terdapat pelbagai jenis penuisan,, antaranya coretan puisi berunsur dakwah, nukilan seni yang menerapkan unsur-unsur islamik, penulisan di majalah, buku-buku ilmiah hatta n0vel sekalipun merupakan satu medium dakwah yang berjaya menarik minat ramai pembaca yang majoritinya golongan muda..
Kisa-kisah tauladan pula menarik minak kanak-kanak untuk mendalami erti sebenar islam..
~✿> Medium yang paling cepat untuk berdakwah adalah dengan menggunakan teknologi masa kini seperti kemudahan internet.
Sebagai c0ntoh, bentuk penulisan di FB, TWITTER,MYSPACE & sebagainya merupakan medium penting untuk menarik minat golongan muda. Ini kerana kebanyakan g0longan muda kini suka menggunakan laman s0sial dan menghabiskan masa dengan mencari pelbagai ilmu atau perkongsian. 
~✿> Cabang lain pula adalah seperti Utube, medium ini telah berjaya menarik minat semua golongan untuk mendengar ceramah, sebagai contoh : Ustaz Azhar Idrus telah berjaya menarik mat rempit sekalipun untuk menghadiri ceramahnya di Stadium Merdeka pada tahun baru yang lalu walhal beliau hanya berceramah di Utube kemudian menjadi jemputan untuk berceramah di merata-rata tempat. 
Ini membuktikan bahawa dengan merakamkan ceramah-ceramah agama dan kemudian publish di internet, ia akan menjadi cabang dakwah yang berjaya kerana g0longan muda sekarang tertumpu pada kepada tekn0logi. Jadi kita seharusnya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi masa kini dalam kerja-kerja untuk mengajak kepada amal maaruf dan nahi mungkar.


~✿ Justeru, mainkan peranan kita di sudut yang kita mampu utk membawa ilmu Islam kepada masyarakat.
Tidak perlu mengkritik, mencela & merendah cara yang lain dari kita, kecuali jika padanya terdapat KESESATAN yg TIADA KHILAF. ✿~

No comments:

Post a Comment