
Fend dan K² berbalas sengih.
“Weh,police officers kat Palestine tu semua tengah dok pakat usung penyapu kot dok bersihkan jalan nak sambut Ramadhan.” Fend jawab selamba.
#preRamadhan anecdote.
“Getting there.Tapi aku mengah sikit…”
“Apa kes?”
“Sebab aku baca Quran ni sekali dengan makna?”
______________________________
This piece is from here--> @hlovate[fanpage] ;October last year.
Hasn't quite got the chance to write anything much for this year's Ramadhan yet.That aside,moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna,insyaAllah.It is not defined on just how much that we do.What really counts is on how much that we do affect us and how much closer that those things bring us to Him.
may Allah bless.
______________________________
Contengan Ramadhan[belated]
“Glue gun mana?Glue gun?” Pertanyaan tu terkeluar antara celah bibir yang mengetap penutup marker pen di celah gigi.
Tak berjawab.
Fend pandang belakang.K² angkat muka pun tidak.Ceh!Membazir air liur aku bertanya. “K²!Glue gun?”
Semburan aerosol di atas kanvas terhenti.K² alih mata dari kerja di atas meja.
“Glue gun.” Lagi sekali Fend ulang.
K² meluruskan telunjuk kiri pada rak tinggi di belakang Fend. “Cari pakai mata lain kali.”
Fend buat muka.
K² buat tak nampak.
Tangan kanan Fend capai glue gun.
Tangan kanan K² kembali bawa tin aerosol ke kanvas.
Banner Ahlan Ya Ramadhan sebesar alam di atas meja tu dah mula nampak rupa.
***
“Dah masuk malam 10 yang last dah ni.”
“Hmm.”
“Macam mana bunyi doa tu?”
“Doa mana?”
“Ala….yang Pak Imam sebut hari tu.Yang dia suruh baca waktu malam 10 last tu.” Berkerut dahi Fend.Serius tak ingat!Bila aku tertelan semut?
“اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى Tanpa angkat muka dari buku K² mengucapkan.
“Uiks?Dah hafal?” Kening Fend terangkat sebelah merenung K².Kagum sekejap.
K² memandangnya sekilas. “Ni ha tengah baca.” Pinggir bibirnya terangkat sebelah.
Fend buat muka.Ingatkan dah hafal siap.Tergugat rasa sekejap tadi.Tak aci weh,kalau K² dah hafal tapi diri sendiri tergagap lagi kat allahumma tu je.
“اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى Sekali lagi K² mengulang sambil tutup buku.
“Weh,dah hafal sungguh?” Bulat mata Fend.
“Dah.” K² muka tak berperasaan.
Muka Fend balik cemberut. “Sampai hati kau tinggal aku makan debu.”
Haha.K² gelak je. “Sebaris je kot.”
“Maksud?Baca sikit.” Fend memanjangkan leher nak baca dari buku di tangan K² tu.
"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba-hamba-Mu, lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
Fend angguk dengan mulut kumat-kamit mengulang.
Tiba-tiba rindu pulak dengan Ramadhan kat Sydney.Bibir mengukir senyum segaris di bawah sedar.Mata jatuh pada dua keping gambar yang dikepil di kulit belakang sketchbook perang tu.
Gambar dia dan Chad dengan The Three Sisters jadi latar belakang.Dia pandang pula gambar kedua.Gambar dia dan K².Juga berlatarbelakangkan The Three Sisters.
Nafas panjang ditarik.Senyum sekali lagi menarik pinggir bibir.Tak kisah la kat mana sekalipun,Fend.Ruh Ramadhan tu bukan bertanda di tempat semata.Ruh Ramadhan tu lekatnya di hati.Kalau hati mahu,ruh tu boleh dirasai di mana-mana.Palinglah ke mana,jejaklah ke mana,menapaklah ke mana,masih bumi Allah juga.Tak gitu?
Pap.Pahanya ditepuk perlahan.
“Jom,gerak.” K² merenungnya dengan kening terangkat. “Nak pergi iktikaf ke dak ni?”
Senyum melebar jadi sengih.Betul,bumi mana pun masih milik Allah juga.Dan di antara langit dan bumi itu pun segalanya milik Allah juga.Termasuklah hati-hati manusia yang ada di antara keduanya.
“Lagi tiga saat kau tak bergerak,aku tinggal.” K² dah melangkah.Boleh pulak nak buat gaya patung batu kapur tengah-tengah orang bercakap.
Haha.Fend bingkas bangun. “Sampai hati kau nak masuk syurga,pi tinggal aku?” Saja.
“Dah tu?Sampai hati aku ajak masuk syurga kau tak nak?” K² pandang ke belakang sekilas dengan sengih selamba.
Fend sengih.Kena sebijik dengan K².
***
“Dah nak raya.”
“Hmm.”
Senyap.Bumi mercun dan meriam berdentum je yang mengisi ruang.
“Ramadhan lagi best.” Serentak.
Langit gelap di malam raya pecah sekali-sekala dengan percikan bunga api.
“Tahun depan ada lagi?”
“Wallahu’alam.”
Allahumma balighna Ramadhan.Ameen.
No comments:
Post a Comment