Wednesday, 9 January 2013

Ikhtilat ! ┻━┻

 
 

 
 
Sedikit pencerahan drpd tentang masalah ikhtilat.

Ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan teknologi seperti Yahoo Messenger, SMS, MMS, e-mail, Facebook (FB), Twitter dan seumpamanya... Yang melalaikan

Mengikut Prof.Dr.Yusuf Qardhawi
"Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya bukanlah ditegah, bahkan ianya HARUS & DITUNTUT sekiranya percampuran itu mempunyai niat yang baik seperti menuntut ilmu, beribadah, perbuatan yang dianggap baik di sisi syarak & sebarang aktiviti yang baik yang memerlukan kerjasama di antara dua pihak. Tetapi pertemuan ini MESTILAH MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM antara kedua pihak seperti pakaian yang dibolehkan syarak, aurat, suara, dan pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan penting sahaja.

Elakkan ikhtilat yang tidak dibenarkan dlm Islam:
1. Elakkan berhubung dengan lelaki / perempuan sekiranya tidak ada apa-apa keperluan.
2.Wanita juga semestinya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.
3. Kedua-dua pihak hendaklah menjaga akhlak-akhlak Islam.
4. Hadkan masa untuk berhubungan antara satu sama lain.
5. Hadkan penggunaan bahasa, dan bahasa tubuh (Body language) yang terlalu mesra alam.
6. Jaga Maruah diri.
7. Ingat Allah setiap masa.

So,untuk yg menyokong percampuran antara lelaki dan perempuan dlm study group tu,tgk baik2.Percampuran boleh tp asalkan jarak kedudukan yg tdk membwa fitnah.Yang duduk sebelah menyebelah tu,tak nampak sebenarnya krusi2 lain yg kosong sbb tu duduk sblh menyebelah.Dan yg paling penting jgn buat study group berpasangan.Ikut nisbah 2:1.

P/s:utamakan study group dhn rkn2 perempuan drpd rkn lelaki.
Kita kdg2 terleka maka cepat2 lah menyedarkan diri tu...
mohon teguran yg membina bukan krikitan yg menyakitkan.Klu da jgk,sy doakn agr kta sma2 diberi Hidayah Allah... :)
................

nak mcm dlm gambar ni?jalannya cuma satu,halalkan hubungan!ok?

nikmat Allah mungkin terlindung dari pandangan kita...


 
 
            Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

            Beberapa bulan berlalu, ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang, hatinya berbunga keriangan. Satu hari si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya, si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas, di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik, si anak terkejut sungguh, bukan itu yang dihajatkan. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan dan matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak dapat membaca tanda-tanya yang bersarang di hatinya.

           Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Apa makna semua ini ??? Sebuah Al-Quran kecil, dengan cover kulit, tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak, nafsu mudanya bergelojak. "Ayah sengaja mempermainkan saya, ayah bukannya tidak tahu betapa saya menyukai kereta tu, bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah ayah, bukan Al-Quran ini yang saya nak." katanya keras... Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan lalu si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg, lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya, memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


           10 tahun berlalu, si anak kini merupakan seorang yang berharta dan mempunyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat... cukup membahagiakan... namun hatinya tersentuh...

            Sudah 10 tahun... sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira hari... telefonnya berdering, panggilan itu adalah dari peguam ayahnya... ayahnya meninggal dunia semalam... dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta. Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya... hatinya sebak, bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ... bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan
kepulangannya selama ini... perlahan-lahan langkahnya menuju ke ke meja dan mengambil al-quran itu.. dia membelek-beleknya dengan penuh keharuan... tiba-tiba... jatuh sesuatu dari Al-Quran itu... segugus kunci... di muka belakang Al-Quran itu, sebuah sampul surat ternyata dilekatkan disitu...

            Kunci itu segera dipungut... hatinya tertanya-tanya... nyata sekali... di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah.. tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini..

' Tahniah anakku kerana telah beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya.. ayah berharap agar anak ayah akan selalu bersyukur atas nikmat yang telah di kurniakan kepada kita, walaupun pun nikmat itu sedikit dan tak seperti yang kita hajati. Ingatlah anakku jangan kerana kehidupan keduniaan kita lupa akan kehidupan di akhirat. Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku..'

              Air mata si anak menitis deras... hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang... namun semuanya sudah terlambat...

            Sering kali kita melupakan nikmat Allah dan tidak bersyukur atas kurniaanNYA, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajatkan..